Sumbangan dan Gotong Royong Sempena UPSR

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap tahun ibu bapa kepada calon-calon UPSR akan bergotong-royong menyediakan makanan untuk anak-anak semasa hari mereka menduduki UPSR. Ramai ibu bapa termasuklah dalam kalangan yang tiada anak menduduki UPSR memberi sumbangan ikhlas berupa wang tunai, makanan, tenaga dan masa. Perkara ini telah menarik perhatian PIBG dan ingin membantu supaya usaha ini menjadi lebih teratur.

Kepada ibu bapa atau sesiapa sahaja yang bermurah hati bolehlah menyumbang wang tunai atau makanan untuk sarapan dan makan tengah hari pada 11 – 14 September 2017 kepada anak-anak kita yang menduduki UPSR pada hari tersebut.

Menu makanan akan ditentukan oleh pihak PIBG dan sekolah.

Selain itu kami juga memerlukan sukarelawan dr kalangan ibubapa untuk membantu mengurus pengagihan makanan tersebut. Sumbangan tersebut bolehlah diserahkan kepada pihak sekolah atau melalui bank ke akaun PIBG no : SKDP PIBG MBB 514543104161.

Sila nyatakan dengan jelas sumbangan UPSR SKDP dan hantar salinan transaksi kepada:-
💎 Bendahari PIBG : Encik Badrul (018-2257357)
💎 AJK PIBG : Puan Masriza @ Jeeja (011-37928477)

Mengikut perancangan semua urusan dapat diatur sebelum 9 September 2017. Pihak PIBG berharap usaha kita yg kecil ini dapat memberi keselesaan dan sokongan kepada anak2 kita yang bakal berjuang.

Sekian.

En. Faizal bin Mohammad Arshad
YDP SK Desa Pandan 2017/2018

#muafakatmembawaberkat
#nostudentleftbehind

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *