Satu majlis Taklimat dan Penyampaian Sijil Pelantikan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) bagi sesi 2014 telah diadakan pada ketetapan yang berikut:
Sabtu | 10 Mei 2014
Dewan Seri Budiman, SK Desa Pandan
7.30 Pagi Hingga 12.00 Tengah Hari
ANJAKAN KE 9 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025
BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS
- Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS).
- Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
- 1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
- Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur
KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) PIBG
Di bawah SARANA IBU BAPA, ibu bapa diminta meningkatkan penglibatan dalam pembelajaran anak – anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan anak-anak dan Negara MALAYSIA.
Comments