Tawaran Pendidikan

Informasi buat ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak ke Sekolah Kebangsaan Desa Pandan, catatan ini akan menjelaskan tawaran pendidikan yang terdapat di sekolah ini bermula tahun 1999 sehingga sekarang. Sebagai mana yang telah maklum, pendidikan sekolah rendah mengambil masa enam tahun. Kanak-kanak selalunya memulakan pendidikan sekolah rendah ketika berumur tujuh tahun. Pendidikan sekolah rendah merupakan kesinambungan kepada pendidikan prasekolah. Selain daripada membaca menulis dan mengira, mereka akan didedahkan kepada subjek-subjek lain seperti sains, pendidikan jasmani dan pendidikan Islam dan moral.Pada penghujung pengajian mereka pada Tahun 6, mereka akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ujian tersebut menguji:-

  • Penguasaan kefahaman, penulisan dan lisan bagi Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  • Penguasaan kemahiran matematik
  • Penguasaan konsep sains

 

PRASEKOLAH

Komponen:
Bahasa dan Komunikasi
Perkembangan Kognitif
Kerohanian dan Moral
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Kreativiti dan Estatik

SEKOLAH RENDAH
TAHAP 1 – Tahun 1 – 3

Mata Pelajaran Teras:

  1. Bahasa Melayu
  2. English Language
  3. Mathematics
  4. Science
  5. Pendidikan Islam
  6. Pendidikan Moral

Mata Pelajaran Wajib:

  1. Pendidikan Jasmani
  2. Pendidikan Kesihatan
  3. Pendidikan Seni Visual
  4. Pendidikan Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:
– Bahasa Arab Komunikasi

TAHAP 2 – Tahun 4 – 6

Mata Pelajaran Teras:

  1. Bahasa Melayu
  2. English Language
  3. Mathematics
  4. Science
  5. Kajian Tempatan / Sejarah
  6. Pendidikan Islam
  7. Pendidikan Moral
  8. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

Mata Pelajaran Wajib:

  1. Pendidikan Jasmani
  2. Pendidikan Kesihatan
  3. Kemahiran Hidup / RBT /TMK
  4. Pendidikan Seni Visual
  5. Pendidikan Muzik

Mata Pelajaran Tambahan:
– Bahasa Arab Komunikasi

Similar Posts

5 Comments

  1. assalamualaikum,
    saya ingin bertanye, bile boleh mendaftar untuk kemasukan pra skolah bg tahun 2017

  2. Salam..saya nk tanya pendaftaran tahun 1 2018. Pendaftaran bmula pd bulan brape,? Apa kriteria utama atau ada syarat khas tak?

  3. Assalam…saya juga mahu tahu utk pendaftaran tahun 1 2018.. jika perlu buat rayuan..mohon info lanjut..tqia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *