‘World Environment Day’ (WED) disambut pada Rabu 5 Jun 2019, dan pada 5 Jun setiap tahun untuk meningkatkan kesedaran tentang persekitaran dan isu-isu alam sekitar yang spesifik. World Environment Day 2019 akan dikelolakan oleh Negara China, dengan tema “PENCEMARAN UDARA”.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyedari bahawa perlindungan dan peningkatan persekitaran manusia merupakan isu utama, yang mempengaruhi kesejahteraan rakyat dan pembangunan ekonomi di seluruh dunia.
Jungle Ambassador dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Pusat Sains Negara, Universiti Teknologi Malaysia, Jabatan Alam Sekitar Kuala Lumpur, Local Agenda 21 Kuala Lumpur, Jabatan Alam Sekitar dan Kesihatan (DBKL) telah menganjurkan program seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 18 September 2019
Tempat : Pusat Sains Negara
Pemimpin : Cik Nur Idayu binti Mat Jusoff
Puan Najat ‘Aisyah binti Ab Wahid
Sambutan ini memberikan kita peluang untuk memperluaskan kesedaran dan kebertanggungjawaban oleh kerajaan, individu, industri dan masyarakat dalam memelihara dan meningkatkan persekitaran alam sekitar yang lebih berkualiti.
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM50.00 seorang murid dan RM20.00 seorang guru pengiring meliputi sarapan, makan tengah hari, minum petang, sijil penyertaan, sijil pencapaian, lencana program.
Penyertaan
- Cik Nur Idayu binti Mat Jusoff
- Puan Najat ‘Aisyah binti Ab Wahid
- Siti Nuraleeya Binti Mohd Sofian
- Noramira Hanim Binti Mohd Noradzhar
- Nurain Najwa Binti Jaffar
- Alif Haikal Maulana Bin Norazri
- Nur Adriana Batrisyia Binti Abdullah
- Ameer Farhan Bin Mohd Abd Nasir
- Ahmad Faiz Bin Mohd Abd Nasir
- Siti Zafiah Binti Zainuri
- Auny Firdina binti Mohd Faizal
- Muhammad Afiq Aiman bin Azman
- Raja Muhammad A’yyash bin Raja Mohd Sidqi
- Nor Faqihah Damia Binti Norfazly
- Muhammad Rizq Haziem Bin Noor Azman
- Aqif Nukman bin Ahmad Shaidi
- Muhammad Naufal Bin Mohd Nasir
Pencapaian
Enam orang murid SKDP telah menerima sijil Pencapaian Silver dalam pertandingan membuat kolaj kategori Sekolah Rendah.
- Muhammad Afiq Aiman Bin Azman
- Siti Nuraleeya Bt Mohd Sofian
- Auny Firdina Binti Mohd Faizal
- Ahmad Faiz Bin Mohd Abd Nasir
- Ameer Farhan Bin Mohd Abd Nasir
- Raja Muhammad Ayyash Bin Raja Mohd Sidqi
Maklumat Lanjut:
http://www.jungleambassador.org/wed/
Comments